Informasi sabun asas
Sabun yang gunakan adalah 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan. Ia bebas dari bahan lemak haiwan. Diperkaya dengan glyserin dan vitamin E semulajadi yang baik untuk kulit. Glyserin merupakan produk asas yang penting yang dalam proses pembuatan sabun. Ia memerangkap partikel air di udara dan memberi kelembapan tambahan kepada permukaan kulit.Anda adalah dinasihatkan supaya tidak membuka plastik ini sehingga ianya sedia untuk digunakan. Anda juga hendaklah menyimpan sabun anda di tempat yang kering dan jauh dari pancaran matahari supaya harumannya dan warnanya tidak terjejas. Oleh kerana sabun mempunyai kadar kelembapan yang tinggi, setiap satunya akan dibalut dengan plastik bagi memastikan ianya tidak terdedah kepada wap air dan menyebabkan sabun tersebut mengalami kelembapan di permukaannya.
Last Updated (Monday, 26 April 2010 23:53)





